Pewaris ditubuhkan dengan 6 matlamat utama seperti berikut :
PERTAMA
Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk generasi pewaris dan masyarakat.
KEDUA
Mengembangkan persefahaman dan pergaulan di antara masyarakat berbilang kefahaman.
KETIGA
Memupuk dan menggalakkan gaya hidup sihat bagi masyarakat.
KEEMPAT
Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan mereka.
KELIMA
Mengeratkan perasaan muhibah dan saling hormat menghormati.
KEENAM
Menjadi pengantara di antara ahli dengan masyarakat dan pihak berkuasa mengenai kepentingan masyarakat.