FASA 9

Page: > PERLEMBAGAAN

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

  1. Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agong dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
  2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
  3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja Pentadbiran Pertubuhan mengikut Perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua Perintah Mesyuarat Agong dan jawatankuasa. Ia bertanggunjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua rekod dan Dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan Buku Daftar Ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
  4. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.
  5. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya atas ketetapan Penyata Kewangan Pertubuhan yang terdiri daripada Penyata Penerimaan dan perbelanjaan serta Kunci Kira-kira.
  6. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.