PEWARIS

JAWATANKUASA

1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan
hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
2 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
2 Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari
Warganegara Malaysia.
3 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong
dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun
sekali.
4 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan
Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan
dengan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
5 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.
Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa 7
hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4
orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2)
daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.
6 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat
pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam
surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan
yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha
kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan
dalam minit.
7 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan.
8 Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah
dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan
diadakan.
9 Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai
lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan
yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak
cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab
yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10 Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
11 Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan
seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, suratsurat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah,
senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa baru.