PEWARIS

JURUAUDIT

1 Seorang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang
jawatan selama satu tahun boleh dilantik semula.
2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi
setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangi penyata
kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka
juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan
Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa.