PEWARIS

KEAHLIAN

1 Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A Ahli Biasa

i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii. Umur Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Kelantan
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Semua
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Tiada

B Ahli Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan
terkecuali dari pembayaran yuran.
D Ahli Seumur Hidup
Terbuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
E Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Mereka perlu
mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga yang
sah.Mereka tidak boleh mengundi atau memegang jawatan dalam
Pertubuhan.
2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan
tanpa memberi sebab.
3 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di
atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan hendaklah ia sebagai
ahli.