PEWARIS

KEWANGAN

1 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran
gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta
upah juruaudit.
2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 4000.00
(Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari
jumlah itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas
nama Pertubuhan.
3 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara mereka
sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan
semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM 30000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu
Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih
dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 100000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh
dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
Perbelanjaan RM 30000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) dan ke
bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha
dan Bendahari.
5 Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan
seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah
diaudit itu hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan yang berikut. Setiap salinan
tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
6 Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari
1 Januari.