PEWARIS

LARANGAN

1 Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi
Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis pertubuhan.
2 Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan
di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja
1959.
3 Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau
ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
4 “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,
tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
5 Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari
penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan
untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli
Pertubuhan. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang
pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada manamana ahli atau pekerja Pertubuhan.