PEWARIS

MESYUARAT AGUNG

1 Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua
kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di
dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi
korum untuk mesyuarat.
2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
(tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum
tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir
menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan
pertubuhan.
3 Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam
tempoh dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan
terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda
Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah:
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan
yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit;
4
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 15
hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan satu agenda mesyuarat
termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan serta penyata kirakira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Pertubuhan.
5 Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu
perlima 1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan
tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Pertubuhan.
6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
7 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan
oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8 Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung DwiTahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi
dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang
telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka
mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini,
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah
boleh diadakan.
9 Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit
Mesyuarat Agung DwiTahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan
setelah selesainya mesyuarat itu.