PEWARIS

PEMBUBARAN

1 Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu
mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
2 Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3 Permohonan pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.