PEWARIS

PENTADBIR HARTA

1 Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan
dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan
berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya
berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang
jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui
sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan
meteri Pertubuhan.
2 Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik
tanpa persetujuan Mesyuarat Agung.