PEWARIS

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada:

1 Bayaran masuk :
RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
2 Yuran :
RM 20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)
A Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam
tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan
B Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa permohonan ahli )
RM 200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)
C Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan
menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha,
dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya
telah dijelaskan.
D Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga (
3 ) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan
Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil
terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima
kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
E Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
F Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada
ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah
ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.
3 Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang
dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan
jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
4 Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual,
membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain
kegiatan ekonomi.