Sejarah Penubuhan Pewaris

Post Category: aktiviti

Cadangan penubuhan PEWARIS adalah kesinambungan daripada keinginan beberapa orang yang pernah dilatih dalam aktiviti belia di negeri Kelantan semenjak tahun 1990 lagi.

Selepas 28 tahun menjalani kehidupan dalam masyarakat, mereka merasakan adalah perlu diadakan satu pertubuhan untuk mengembeling usaha mereka yang dilatih dalam aktiviti belia dan sudah menjadi orang dewasa dengan anak muda di segenap kampong bagi membina generasi pewaris yang berkualiti.

Pertubuhan ini akan menjadi pemangkin kebangkitan anak muda di kampong-kampong agar bergiat aktif di dalam masyarakat melalui penubuhan kelab-kelab yang bernaung di bawah bumbung PEWARIS. Atau mereka menjadikan pertubuhan ini sebagai tapak yang kukuh untuk mereka berpijak ketika mengadakan aktiviti.

Memandangkan ahli-ahli pertubuhan ini terdiri daripada mereka yang sudah mempunyai banyak komitmen lain dalam keluarga masing-masing dan pekerjaannya. Penglibatan mereka dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kelab tidak mungkin boleh menyeluruh. Walaubagaimana pun, bagi setiap kelab yang akan mengadakan aktiviti, salah seorang dari ahli pertubuhan ini akan menyertainya.

Setiap ahli pertubuhan ini akan digalakkan menubuhkan sekurang-kurangnya 1 kelab di bawah pemantauannya. Dengan cara ini, diharapkan banyak kelab-kelab akan ditubuhkan di setiap kampong di negeri kelantan.

Semoga inilah satu cara bagaimana ramai anak-anak muda di negeri kelantan akan dilatih bergiat dalam masyarakat.

Leave a Reply